Kuih Abuk-abuk Bonda

Kuih Abuk-Abuk Bonda

Kuih Abuk-Abuk Bonda

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Kalau nak bercerita pasal kuih-kuih tradisional melayu ini memang banyak. Salah satunya ialah kuih “abuk-abuk“. Kalau orang tanya kenapa orang panggil kuih abuk-abuk saya sendiri pun tiada jawapannya. Tapi daripada apa yang saya dapati ada segelintir pendapat yang kebanyakkannya datang daripada orang tua-tua mengatakan kenapa ianya dipanggil kuih abuk-abuk ini kerana ianya menggunakan campuran sagu dan kelapa parut yang menyebabkan apabila kita makan dan ianya akan berterabur seakan-akan menjadi habuk. Bila saya renungkan kembali betul juga pendapat orang dulu-dulu ini.

Baiklah berbalik kepada kuih abuk-abuk ini, bonda saya selalu memberi syarahan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan bonda di dunia ini lah. Bonda saya selalu cakap, kuih tradisional seperti kuih abuk-abuk ini seakan hampir pupus kerana kebanyakan anak muda masa kini termasuklah saya tidak kenal akan kuih ini. Pertama kali saya jumpa kuih ini saya masih keliru dan tidak tahu untuk menamakan kuih ini. Setelah bonda saya kenalkan kepada saya, kini baru saya kenali kuih abuk-abuk ini. Kalau nak bercerita tentang bahan-bahan yang diperlukan dalam membuat kuih ini, bak kata bondaku “bahan-bahan nak buat kuih abuk-abuk ni bukannya susah pun nak dapat kat luar sana cuma awak tu malas nak buat dan tidak suka mencuba dan menjaga kuih tradisional melayu kita ni je“. Lalu saya menyahut cabaran bondaku dan saya buatlah kuih abuk-abuk ini.

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah seperti berikut :

2 cawan         Sagu

1 biji                Kelapa parut ( yang putih sahaja)

Garam

Gula merah / Gula melaka

Daun pisang ( di layang atas api supaya ianya lembut dan mudah dilipat )

Baiklah sekarang saya akan menerangkan cara-cara membuat kuih abuk-abuk ini. Ternyata bahan-bahan yang kita perlukan untuk membuat kuih abuk-abuk ini mudah sekali kita boleh dapati di kedai berhampiran rumah kita bukan?

Pertama sekali, daun pisang anda perlu basuh dan lap sehingga kering. Kemudian anda perlu layangkan daun pisang tersebut di atas api supaya ianya mudah di lipat.

Daun pisang yang telah dilayangkan di atas api. Potong daun pisang mengikut saiz kuih yang anda mahukan.

Daun pisang yang telah dilayangkan di atas api.
Potong daun pisang mengikut saiz kuih yang anda mahukan.

Kemudian, sagu itu hendaklah anda rendamkan di dalam air dan biarkan ia sehingga kembang. Setelah kembang, anda tapiskan sagu tersebut sehingga kering. Setelah kering sagu anda itu tadi, bolehlah anda campurkan sagu tersebut dengan kelapa parut dan letakkan garam secukup rasa. Kemudian anda gaulkan bersama-sama sehingga sebati.

Gaulkan sagu yang telah direndam dan ditapis itu tadi bersama kelapa parut dan garam, lalu gaulkan ianya sehingga rata.

Gaulkan sagu yang telah direndam dan ditapis itu tadi bersama kelapa parut dan garam, lalu gaulkan ianya sehingga rata.

Jika anda menggunakan gula melaka, anda hendaklah pecahkan gula tersebut bagi memudahkan anda meletakkan gula tersebut ditengah-tengah kuih abuk-abuk tersebut.

Anda boleh ketuk gula tersebut sehingga hancur dan mengikut citarasa anda.

Anda boleh ketuk gula tersebut sehingga hancur dan mengikut citarasa anda.

Berikut adalah cara-cara anda perlu lakukan untuk menghasilkan kuih abuk-abuk ini.

Lipat sedikit dibahagian bawah daun pisang anda.

Lipat sedikit dibahagian bawah daun pisang anda.

Jadikan ia seakan kon.

Jadikan ia seakan kon.

Masukkan campuran sagu dan kelapa parut sedikit terlebih dahulu.

Masukkan campuran sagu dan kelapa parut sedikit terlebih dahulu.

Masukkan gula merah/gula melaka.

Masukkan gula merah/gula melaka.

Kemudian masukkan kembali campuran sagu dan kelapa parut itu tadi dan lipat macam nasi lemak.

Kemudian masukkan kembali campuran sagu dan kelapa parut itu tadi dan lipat macam nasi lemak.

Okay sudah siap!

Okay sudah siap!

Jika bungkusan daun pisang anda seakan mahu terbuka, anda boleh sematkan ia dengan lidi.

Jika bungkusan daun pisang anda seakan mahu terbuka, anda boleh sematkan ia dengan lidi.

Apabila kesemua kuih anda sudah siap di bungkus, anda perlu kukus kuih ini selama 10-15 minit mengikut saiz kuih anda. Jangan kukus terlalu lama kerana ianya akan lembik. Sekarang anda boleh makan kuih abuk-abuk ini!

Selamat mencuba semua!

Salam sayang,

Food_Lover @ Nur Atiqah

Leave a comment